December 19, 2013

Homemade Oreo Ice Cream

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Oh...sedapnya ais krim!! Ais krim selalunya dicari bila cuaca yang panas terik. Tapi kalau kat rumah, mana nak cari ais krim kan? Nak keluar rumah pergi kedai semata-mata nak beli ais krim dah tentu la malas. So, solution nya??....BUAT LA AIS KRIM SENDIRI! wohaa!


OREO ICE CREAM

BAHAN-BAHAN

1/2 tin susu pekat (terpulang pada tahap kemanisan masing-masing)
1 1/2 cawan susu cair (saya guna susu dutch lady je)
1 sudu kecil ovalette (pastikan halal!)
1 sudu kecil esen vanilla
Biskut oreo perisa vanilla (hancurkan)


CARA PENYEDIAAN

Campurkan semua bahan (kecuali biskut oreo) dan blend sampai gebu.
Tuang dalam bekas, kemudian tabur biskut oreo yang dah dihancurkan.
Dah tabur cantik-cantik boleh la simpan dalam freezer. Dah beku nanti baru boleh makan okeh!


Senang bukan?!


Resepi ni saya dapat kat FB Pakar Diari Hati... Malam tadi (18/12/2013) cuba buat dan alhamdulillah, sekali cuba menjadi. Punya la tak sabar nak makan ais krim, boleh dikatakan setiap setengah jam saya buka peti ais nak cek dah keras ke belum!...Hahaha... Tapi sebab tak larat nak tunggu, saya tidur je. Nasib baik tak mimpi ais krim!..Wohaa! Bangun pagi-pagi tu terus saya terjah peti ais. Makan ais krim pada jam 6.00 pagi!..Buang tabiat betoiii...!! > __________ <

So, buat jangan tak buat..Hihihi.... Boleh buat sebagai dessert time minum petang. Selalunya minum petang mesti goreng pisang + teh O panas je kan? Sekali- sekala ubah la selera ala-ala western sikit baru la keluarga bahagia. Suami makin sayang, anak lagi la bertambah-tambah sayang...ececece...Cakap macam dah kahwin pulak kan...hihihi


SELAMAT MENCOBAA!


p/s: Ovalette tu uols boleh cari kat kedai kek ataupun cari kat TESCO, GIANT, JUSCO @ pasaraya.



SEKIAN

6 comments:

  1. haaaa sedap! sy penah buat miss .. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi! Jumpa jugak blog saya eh...Terbongkar segala kegiatan saya...hihi... Yup, very creamy..Sedap sebab saya tak suka manis. so sukatan susu boleh d kurangkan..

      Delete
    2. HAHA! of course ! fbi diiktiraf ni! kalau guna whipping cream lg yummy..

      Delete
    3. how did u investigate? dh jmp blog of course fb pn dh jmp kan??...haha...oh yeah?..next time nk guna whipping cream lah kalau mcm tu

      Delete
    4. haha actually terjumpa fb dlu ni melalui fb miss sal.. :P ni ni sini byk resepi best https://www.facebook.com/bukuresepi

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI