November 29, 2013

RESEPI : Puding Triffle

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Dalam banyak-banyak jenis puding, saya rasa puding ni adalah salah satu puding yang agak senang dan mudah untuk dibuat. Lepas habis Degree dulu (sementara tunggu nak daftar masuk Master), saya pernah buat puding ni untuk dijual kat sekolah abah saya. Laku kot!...haha....Jual kat cikgu-cikgu memang la laku...

Dalam tempoh seminggu, saya buat puding Triffle ni, pastu buat Mashed Potato (yang macam kat KFC tu), Sardin Ring dan Roti Gulung Isi Ketam Bersalut Nestum...Semua ni saya bagi kat abah suruh jual kat kawan-kawan dia dan budak-budak kat sekolah...Hahaha.. Ni la cara saya nak cari duit poket. Nak buat macam mana, nak kerja, maa dan abah saya tak bagi walaupun saya ada tempoh 4 bulan sementara tunggu nak sambung master.huhuhu

Ni LINK resepi untuk Sardin Ring dan Roti Gulung Isi Ketam

1. SARDINE RING
Sori kalau korang tak dapat tengok gambar. Saya pun tak tahu kenapa gambar tu tak dapat tengok. Mungkin sebab entri tu dah lama kot. Yela...pada tahun 2011 lagi..hehe

Yang ni saya jual yang tak masak lagi tau!.. Saya packing dalam plastik, buat macam sejuk beku.hehe


Ok dah.Itu cerita dah lama. Tak payah la nak ungkit-ungkit lagi..hehe...Jom kita tengok resepi Puding Triffle ni


PUDING TRIFFLE

BAHAN A
Kek gulung/ Kek Chiffon

BAHAN B
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1/2 tin air masak

BAHAN C
Buah-buahan dalam tin (Koktel buah)

BAHAN D
1 Kotak serbuk jelly (Perisa terpulang pada citarasa masing-masing)



CARA PENYEDIAAN

1. Potong nipis-nipis Bahan A dan susun di dalam bekas / mangkuk kaca. Saya lebih suka guna kek chiffon sebab texture kek lebih lembut berbanding kek gulung.

2. Siram (basahkan) kepingan kek yang dipotong tadi dengan air daripada buah dalam tin.

3. Campur kesemua Bahan B dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan. Pastikan adunan sentiasa di kacau. Kalau tak, adunan akan jadi berketul-ketul. Masak sehingga adunan menjadi pekat.

4. Tuang Bahan B ke atas kepingan kek. Pastikan keseluruhan kek ditutupi dengan adunan Bahan B.

5. Taburkan buah-buahan dalam tin ke atas adunan.

6. Masak jelly mengikut arahan di kotak. Sejukkan sementara sebelum tuang ke atas adunan. Jangan terlebih sejuk, nanti jelly tu mengeras!

7. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!




Nak tahu tak kenapa nama puding ni diberi nama Puding Triffle? 

Sebabnya, puding ni ada 3 lapisan. Lapisan Kek, Lapisan Kastard dan Lapisan Jelly. TRI means Three (tiga lapisan), FFLE pulak diambil dari perkataan waffle...Bila digabungkan, jadila THREEWAFFLE...tapi disebabkan panjang sangat, nama tu diubah jadi TRIFFLE!! Wohaa!....Memandai je aku neh. Korang jangan percaya tau!...hehehehe


Ok la...Selamat mencuba ya kawan-kawan!


SEKIAN

No comments:

Post a Comment

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI