January 01, 2013

RESEPI: Kek Span Pelangi Yang Colorful!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Dah lama sebenarnya saya nak buat kek ni...Tapi hari ni baru berkesempatan..Sebelum ni setiap kali nak buat, ada je bahan yang tak cukup..Kali ni nekad jugak nak buat sebab ada lebihan whipping cream lagi kat dalam peti ais (lebihan dari buat Durian Crepe) hari tu.Dah dekat sebulan dah terperap dalam peti ais...hihihi

Ok...Sempena Tahun Baru 1/1/2013 ni, saya mulakan dengan resepi KEK SPAN PELANGI yang colorful ini...Hehe...






Jom kita tengok apa resepinya..




BAHAN A

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus (kastor)
1 sudu besar ovalette
5 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila


BAHAN B

80ml susu segar
80ml mentega cair


TOPPING

Whipping Cream



Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan A da pukul pada kelajuan tinggi sehingga kembang atau ringan. Lebih kurang 5 minit untuk jadi fluffy.

2. Perlahankan kelajuan, kemudian masukkan susu segar. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit. Lenguh tangan kot sebab saya guna hand mixer je...>_<

3. Masukkan mentega cair, gaulkan dengan menggunakan senduk sampai sebati.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Saya bahagi 5 je. Setiap satu bahagian lebih kurang secawan adunan.

5. Masukkan pewarna pada setiap mangkuk dan kemudian masukkan dalam loyang. (Loyang saya guna yang kecik je saiznya sebab bila saiz kek kecik, senang nak lapis-lapis...hehe)

6. Bakar selama 10-12 minit, suhu 160c-170c.


Senang je kan caranya!...Weee~

Ok...Bila dah siap bakar, kek-kek tu kena letak dalam peti ais dulu sebelum kita lapiskan dengan whipping cream sebab kalau melapis masa kek tu tengah panas, kek tu boleh merekah dan pecah..Nanti rosak la kek pelangi kita nanti..>_<


Apabila kek tu dah sejuk, baru la kita boleh melapis...

Nampak sangat 1st trial buat kek ni...Tengok la saiz setiap keping kek tu..Ada nipis, ada tebal.....HikHikHik...Topping pun ala kadar je...

Bila dah siap melapis dan topping, boleh la kita hias.Ikut kreativiti masing-masing la ya...Saya tabur Color Rice je...


Dengan menggunakan saiz adunan kat resepi ni, saya dapat buat 2 bijik kek!




Bukan budak-budak je yang suka makan kek ni, orang dewasa pun suka makan jugak tau!...hihi



Walaupun saya yang buat kek ni, tapi saya hanya makan 3 sudu sahaja...Tak lalu la nak makan kek buatan sendiri....Tengok orang makan pun dah kenyang...hehehe


Ok la....Selamat mencuba ya kawan-kawan!




Wish 1 day I can have my own bakery!..In Sha Allah dengan izinNYA




SEKIAN





2 comments:

  1. aikk...bkn ari2 brangan nk buka kdai bunga ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berangan jugak nak ada kedai bunga...2-2 nak..hehe

      Delete

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI