January 23, 2013

RESEPI: Kiwi Cheese Cake With Oreo

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh





Lepas saya post gambar ni kat FB, ramai dok tanya saya mintak resepi....

Ok, meh sini nak tunjuk ape resepinya....




KIWI CHEESE CAKE WITH OREO

1 set tepung cheese cake segera 200g with topping (ada 4 pilihan topping= kiwi, oren, blueberry dan strawberry, saya pilih kiwi)

110 ml air masak

Handmixer @ Standmixer

1 mangkuk kaca untuk menghidang




Hahaha....Semua tertipu.....Saya beli tepung kek segera je la...Saje nak try....


Tapi takpe la... At least saya boleh tunjuk cara nak bancuh adunan tu kan...Mana la tahu korang pun ada beli tepung tu tapi tak reti nak bancuh walaupun ada instruction kat depan tu...hikhikhik....


Haaa.....Ini dia tepung ituueww!



Yang warna krim tu adalah tepung yang dah diadun dengan cheese
Yang warna hijau tu adalah jem kiwi
Yang warna hitam tu adalah biskut oreo yang dah dihancurkan




EH...Jap-jap!!....Ada yang tak tahu ke apa itu CHEESE???......Cheese adalah keju ya adik-adik!....Diulangi...K.E.J.U.......Ape itu keju???....Keju adalah susu lembu yang diperam....

Haha......Cakap macam adik-adik ni tak sekolah pulak ya...Ape daaa...Budak-budak sekarang bijak la.... >_<




Ok guys.....Mari kita mulakan....


STEP 1


Masukkan tepung warna krim tu dalam bekas pengadun......Kemudian masukkan air 110ml sebagaimana seperti yang diarah oleh instruction kat plastik tepung nih....Then, putar la handmixer tu....1 minit pertama, dengan kelajuan minimum...Kemudian, 5 minit seterusnya dengan kelajuan maximum

Dan....


Taddaaa......Jadilah doh yang likat berkilat macam nih....


Memang adunan ni akan jadi likat...Maybe sebab ada cheese kat dalam ni kot....Tengok la macam iklan kat TV tuh.Makan Pizza Hut mesti cheese tu meleleh-leleh, bila gigit kepingan roti pizza tu mesti tak putus sebab ada cheese...Konon je tuh...Saya makan pizza takde pulak macam tuh!...Kan kan??...hehe


Ohya, kalau takde handmixer, korang boleh guna blender je....Blend selama 6 minit...Tapi make sure adunan tu jadi likat..Kalau tak likat, tak menjadi la kek tu nanti....




Ok, next step!



Masukkan biskut oreo hancur ke dalam mangkuk kaca..Ratakan....Taknak guna mangkuk kaca pun takpe...Saya guna mangkuk kaca sebab nak tengok lapisan kek tu..hehe

Kemudian, masukkan adunan kek yang kita putar tadi...Ratakan...




Yeay!...Dah nampak lapisannya...


The last step is.....Letakkan jem kiwi untuk lapisan terakhir...


Ok, bila dah letak lapisan terakhir tu, boleh la korang letak dalam peti ais selama 3 jam....Selepas 3 jam uolss baru boleh makan ya...

Ohya, make sure peti ais tu tak berbau...Nanti tak pasal-pasal tak jadi kek keju tapi jadi KEK IKAN pulak....hahaha



Haa....amacam??...Senang je kan??!...Hehe


Nak tahu tak kat mana saya beli tepung kek ni??

Saya beli dengan Hannahfoodstuff....Ni fb dia https://www.facebook.com/Hannahfoodstuff 


Macam-macam tepung kek yang dia jual...Kalau nak cuba, boleh la beli dengan dia....=)





Selamat mencuba!




SEKIAN

January 01, 2013

RESEPI: Kek Span Pelangi Yang Colorful!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Dah lama sebenarnya saya nak buat kek ni...Tapi hari ni baru berkesempatan..Sebelum ni setiap kali nak buat, ada je bahan yang tak cukup..Kali ni nekad jugak nak buat sebab ada lebihan whipping cream lagi kat dalam peti ais (lebihan dari buat Durian Crepe) hari tu.Dah dekat sebulan dah terperap dalam peti ais...hihihi

Ok...Sempena Tahun Baru 1/1/2013 ni, saya mulakan dengan resepi KEK SPAN PELANGI yang colorful ini...Hehe...






Jom kita tengok apa resepinya..




BAHAN A

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus (kastor)
1 sudu besar ovalette
5 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila


BAHAN B

80ml susu segar
80ml mentega cair


TOPPING

Whipping Cream



Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan A da pukul pada kelajuan tinggi sehingga kembang atau ringan. Lebih kurang 5 minit untuk jadi fluffy.

2. Perlahankan kelajuan, kemudian masukkan susu segar. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit. Lenguh tangan kot sebab saya guna hand mixer je...>_<

3. Masukkan mentega cair, gaulkan dengan menggunakan senduk sampai sebati.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Saya bahagi 5 je. Setiap satu bahagian lebih kurang secawan adunan.

5. Masukkan pewarna pada setiap mangkuk dan kemudian masukkan dalam loyang. (Loyang saya guna yang kecik je saiznya sebab bila saiz kek kecik, senang nak lapis-lapis...hehe)

6. Bakar selama 10-12 minit, suhu 160c-170c.


Senang je kan caranya!...Weee~

Ok...Bila dah siap bakar, kek-kek tu kena letak dalam peti ais dulu sebelum kita lapiskan dengan whipping cream sebab kalau melapis masa kek tu tengah panas, kek tu boleh merekah dan pecah..Nanti rosak la kek pelangi kita nanti..>_<


Apabila kek tu dah sejuk, baru la kita boleh melapis...

Nampak sangat 1st trial buat kek ni...Tengok la saiz setiap keping kek tu..Ada nipis, ada tebal.....HikHikHik...Topping pun ala kadar je...

Bila dah siap melapis dan topping, boleh la kita hias.Ikut kreativiti masing-masing la ya...Saya tabur Color Rice je...


Dengan menggunakan saiz adunan kat resepi ni, saya dapat buat 2 bijik kek!




Bukan budak-budak je yang suka makan kek ni, orang dewasa pun suka makan jugak tau!...hihi



Walaupun saya yang buat kek ni, tapi saya hanya makan 3 sudu sahaja...Tak lalu la nak makan kek buatan sendiri....Tengok orang makan pun dah kenyang...hehehe


Ok la....Selamat mencuba ya kawan-kawan!




Wish 1 day I can have my own bakery!..In Sha Allah dengan izinNYA




SEKIAN





 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI