November 29, 2012

RESEPI : Durian Crepe Comel

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Memandangkan sekarang ni adalah fenomena DURIAN CREPE, maka saya pun teringin la nak cuba buat sendiri....Masa kat Batu Pahat minggu lepas, dah try makan dah..Tapi tak cukup la sebekas...1 bekas ada 6 bijik je...Tak cukup kot!..Saya ni dah la kuat makan...hehe

 Ni Durian Crepe yang saya beli kat Batu Pahat..1 bekas RM10


Maka, bila balik rumah kat Pasir Mas ni, mula la gatal tangan nak cuba buat..Bahan-bahan yang diperlukan pun takde la susah nak cari..Pendek kata memang senang nak dapat la (KECUALI durian- ikut musim...hehe)


Ok....jom kita tengok macam mana resepi nak buat Durian Crepe kegilaan ramai ni..


BAHAN-BAHAN

(Untuk Kulit)

250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur



(Untuk Filling)

Isi durian yang dilenyek
Krim putar (whipping cream)


Untuk krim putar, saya guna yang ni...


Ini adalah isi durian yang dilenyek....buruk bebenor rupanya....hehe



Ok, jom kita tengok cara-cara nak buat.....

1. Masukkan tepung gandum, air dan santan ke dalam bekas...Kemudian kacau hingga sebati..Saya guna stand mixer...Senang nak adun.



2. Kemudian masukkan telur, esen vanilla dan pewarna kuning telur.. Kacau lagi hingga sebati.



3. Bila dah sebati, boleh la ditapis ya sebab nak buang mana-mana ketulan yang tak hancur. Kalau tak tapis nanti kulit crepe korang tak jadi smooth.

Nampak tak bintik-bintik hitam tu?..Bintik hitam tu adalah pewarna kuning telur yang tak hancur

Haa....see....ini adalah adunan yang sudah ditapis..

4. Bila adunan dah siap, boleh la kita goreng ya tuan puan...hehe..Make sure guna non-stick pan tau!..Nanti kalau melekat, tak menjadi pulak kulit crepe tuh....Ohya, buat senipis yang boleh tau!

Make sure setiap helaian kulit ni dialas dengan plastik. Kalau tak alas nanti melekat kat pinggan
(Ohya, goreng sebelah bahagian je tau...Jangan nak buat macam goreng telur dadar pulak!..hehe)

Ok....bila dah siap, boleh la korang letak filling..

Krim putar dalam kotak tadi korang kena pukul sampai janji kental macam ni tau!

Sekali lagi, bila nak letak filling, make sure alas pinggan korang dengan plastik tau!
(Percubaan kali pertama saya letak terus atas pinggan, bila nak angkat, terus terkoyak kulit tuh!..huhu)


Letak filling tu pulak MESTILAH di atas bahagian yang kita goreng tadi sebab permukaannya tak cantik..hehe


Saya letak isi durian dulu baru letak krim putar


Lepas letak filling, boleh la lipat macam bentuk bantal..

TADAAAA......Jadila bentuk macam ni...


Walaupun tak secantik macam orang lain buat, tapi saya tetap bangga sebab boleh buat sendiri...haha



Ini adalah hasil yang saya buat macam tadi...Ada lagi adunan kulit crepe dalam peti ais..Dah tak larat nak buat habis malam tadi sebab mengantuk... > _ <



Haa....senang je kan caranya nak buat!...Kalau buat sendiri lagi berbaloi-baloi daripada beli kat kedai..hehe



Cuba la buat ya kawan-kawan...Boleh tambat hati bakal mentua ni....hikhik

=)



SEKIAN


 p/s: Tahu tak camne nak copy cerita yang kita record dari Astro PVR?..Dah full dah kat dalam decoder ni sampai nak record cerita lain pun dah tak boleh...huhu...Penuh dengan cerita Running Man..hehe

2 comments:

  1. nnti bila balik jingga house boleh buat pulak erk..projek hujung minggu...heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....tak leh buat kat jingga house sebab ramai yang tak suka durian...huhuhu

      Delete

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI