May 03, 2012

Petua: Merawat Ulser Mulut

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Kesian roommate saya ada ulser dalam mulut...Takpe sayang, ini petua untuk menghilangkan ulser untuk awak...>_<




Tapi sebelum tu....Mari kita berkenalan dengan ULSER!



Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui.

 Ia sering dikaitkan dengan:

• Stress
• Perubahan hormon
• Jangkitan
• Kekurangan zat makanan
• Alahan
• Rawatan radiasi
• Rawatan kemoterapi

Ia juga sering dihubungkaitkan dengan:

• Rasa membakar di dalam mulut
• Kesakitan
• Ketidakselesaan yang berpanjangan
• Hilang selera makan
• Demam

Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Cuba petua ini untuk menghilangkan rasa sakit:

• Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
Berkumur dengan air garam.
• Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
• Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
• Makan makanan yang lembut.
• Kurangkan makanan pedas dan berempah.
• Minum air secukupnya.


Saranan saya, cuba buat yang tulisan merah tu!....Hahaha...Confirm menangis-nangis sebab pedih...Tapi takpe, kejap je kot..Pastu nanti hilang la ulser awak tu ya sweetie...^_^



SUMBER: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA



SEKIAN

No comments:

Post a Comment

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI