March 10, 2012

Resepi : Bergedil Cinta Kura-Kura...Wahhaa!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Korang dah sarapan ke?!


Kalau belum...

Jom kita buat bergedil untuk sarapan jap lagi!


Kita buat bergedil Cinta Kura-Kura!!






Eh...cop cop!


Mesti korang tertanya-tanya kenapa nama bergedil ni Bergedil Cinta Kura-Kura kan...?!!


Haha...


Saja je


Terkena penangan tengok movie Cinta Kura-Kura semalam







Boleh tahan la cite ni..


Kura-kura pun boleh bercakap u know!...hahaha


Zizan Raja Lawak yang jadi suara kura-kura tu


Haaa....meh sini nak cerita sikit sinopsis movie tu..


Ceritanya tentang seorang gadis bernama Nani ( Tiz Zaqyah) terjumpa seekor kura-kura jantan. Dia yang dah kematian orang tua wat balik la kura-kura tu dan bela.Kura-kura tu dinamakan Nico.


Ohya, Si Nani ni ada sorang abang. Namanya Amin. Sebelah rumah Nani ni ada sorang lelaki bernama Adam (Aeril Zafrel)..[ ala...si hensem tu!...hahahaha]...Adam ni ada band sendiri. Suka main gitar tapi suara tak sedap!.hahaha...Selalu je kena marah kat mak dia..Si Adam ni suka kat Nani tu tapi dia malu nak bagitahu .Maklumlah tak pernah ada awek...hehe


Nak dijadikan cerita, satu hari band Adam buat pencarian vokalis kumpulan mereka. Nani pun suruh abangnya pergi audition tu. Abang Nani ni suka nasyid. Memang lawak sangat bila abang Nani pergi audition band Adam yang rockers ni dia nak nyanyi lagu nasyid!...hahaha..Tapi last-last dia diterima jugak jadi vokalis kumpulan tu.


Dari situ, bermula lah bibit-bibit cinta antara Nani dan Adam bila Nani menolong Adam men'design' flyers untuk band Adam. Bila Si Nani dan Si Adam ni dah rapat, Nico si kura-kura jantan tu pun jeles la. Nico tak suka kat Adam. Dia rasa Adam dah rampas tuannya.


Sejak itu, bermacam-macam cara si Nico buat nak bagi Nani benci kat Adam. Siap pergi punggah pakaian dalaman si Nani tu kat bilik Adam!..Haha...lawak la..kura-kura boleh berjalan 2 kaki kot!...Bila Nani pergi bilik Adam nak hantar ipod dia, memang terkejut sangat-sangat tengok "harta pusakanya" tergantung sana-sini!..Sejak tu, Nani jadi benci kat Adam!...wuwuwu


Ohya, hanya Adam je yang tahu si Nico ni boleh bercakap!..Tu pun sebab Nico pergi berdepan dua mata dengan Adam nak suruh Adam jangan kacau tuan dia!..hahaha...




Eh...dah la...lupa pulak tujuan asal!


Saya nak bagi resepi bergedil la...ish3...dah macam entri Sinopsis Cinta Kura-Kura pulak!...haha


Nak tahu cerita selanjutnya sila la tonton sendiri ya!...hihihihi




Ok jom kita tengok cara-cara nak buat bergedil ringkas nih


Bahan-bahan


Ubi Kentang


Tepung Jagung / Tepung Gandum


Isi ayam hancur / Udang yang dicincang halus


Bawang goreng


Garam


Telur


Cara-cara Membuatnya




Pilih ubi kentang yang segar bugar!..hihi




Oh...itu kucing saya!..saja nak jadi model ubi kentang!...haha


Hiris nipis-nipis macam ni...






Kemudian rebus!




Letak sedikit garam ya bila rebus tu!
Rebus sampai kentang tu lembut ya..


Kemudian, kita lenyek-lenyekkan kentang rebus tu macam ni...




Lenyekkan masa ubi kentang tu masih berasap ya..baru menjadi!...hehe


Then masukkan isi ayam..



Tak nampak sangat ayamnya sebab isi ayam di cincang halus


Masukkan sedikit tepung jagung



Kalau takda tepung jagung, tepung gandum pun boleh
Cuma kuantiti tepung gandum kena lebih sikit!

Pastu masukkan bawang goreng




Letak garam secukup rasa dan gaul sebati!






Bila dah siap gaul tu, boleh la kepal-kepal (tak tahu orang negeri lain faham ke tak..org kelate faham la kot!..hehe) jadi bulat macam ni...




Panaskan minyak dalam kuali dulu, bila dah panas, baru korang boleh celupkan ketulan tadi dalam telur dan masuk terus dalam kuali!








Dan....tadddaaaa....!!






Inilah hasilnya....


Senang kan?!


Kalau kat kedai makan, bergedil di jual dalam lingkungan RM0.50 hingga RM1 untuk seketul!


Mahal kan?!


Baik buat sendiri...lagi sodap dan jimat!!


Hehehe




Ok la, selamat mencuba resepi Bergedil Cinta Kura-Kura saya tu!....






SEKIAN

No comments:

Post a Comment

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI